DIPERLUKAN Sumbangan Pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah


Projek pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah ini sudah pun dimulakan pada awal tahun 2018 dan dijangka siap dibina pada September 2020.
Projek ini juga telah mendapat Kelulusan Kebenaran Merancang, Kelulusan Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membuka sebuah pasaraya di premis tersebut.
Kelebihan Wakaf Komersial:
Menjana pendapatan kepada pihak yang diwakafkan
Membeli unit wakaf baru menggunakan pendapatan yang dihasilkan
Dapat dimanfaatkan oleh ramai orang dan sentiasa berkembang
Pahala yang berterusan kepada pewakaf
Tujuan pembinaan pasaraya ini adalah untuk menaiktaraf ekonomi umat Islam setempat. Pasaraya Wakaf Ummah bakal mendatangkan pendapatan bulanan melebihi RM60k.
Pendapatan bulanan ini akan menjana keuntungan yang seterusnya akan dikembangkan dengan menambah atau membina aset yang baru seperti membina kedai-kedai, markaz, hospital, klinik dan surau.
Dengan adanya kemudahan seperti ini, PAS pusat akan dapat meneruskan kerja-kerja Dakwah, Tarbiah, Politik dan Kebajikan.

✅ 100 usahawan Muslim akan mendapat manfaat perniagaan
✅ RM60,000 pulangan ekonomi dapat dijana dalam sebulan
- September 2020 : Kerja-kerja menyiapkan lantai tingkat bawah berleluasan hampir 25,149 kaki persegi berjaya disiapkan.
- Februari 2020 : Kerja-kerja memasang besi untuk 1st Floor Slab dan Beam Grid 1 hingga Grid 4 sedang giat dilaksanakan.
- Oktober 2019 : Kerja-kerja pemasangan Formwork untuk 1st Floor Beam Grid 1 hingga Grid 4 selesai.
- September 2019 : Kerja-kerja hardcore Ground Floor Slab selesai.
- Ogos 2019 : Kerja pemasangan formwork dan besi untuk Roof Beam dan Roof Slab untuk Ruang Pasaraya serta Unit Kiosk selesai.
- Julai 2019 : Kerja-kerja memadatkan tanah untuk Ground floor slab selesai.
- Jun 2019 : Kerja-kerja konkrit Footing dan Stump selesai.
- April 2019 : Kerja-kerja memasang formwork untuk Ground Beam selesai.
- Mac 2019 : Pemasangan formwork’ dan besi untuk 21 buah ‘pad footing’ selesai.
- Ogos 2018 : Memeterai Perjanjian Sewaan Bangunan Pasaraya Wakaf PAS Pusat dengan Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd.
- Majlis Pecah Tanah disempurnakan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
