Akaun wakafummah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"100 USAHAWAN MUSLIM MENDAPAT MANFAAT, 500 PELUANG PEKERJAAN BAKAL DIWUJUDKAN. AYUH WAKAF SEGERA!"



LEBIH KURANG RM 9 JUTA DIPERLUKAN LAGI UNTUK MENYAMBUNG BAKI PEMBANGUNAN PASARAYA WAKAF SETINGGI 1 1/2 TINGKAT DI BANDAR DUNGUN, TERENGGANU



Pasaraya Wakaf Ummah adalah projek wakaf komersial yang diuruskan oleh Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat. Ianya merupakan sebuah projek pembinaan sebuah pasaraya setinggi 1 1/2 tingkat yang terletak di bandar Dungun, Terengganu. Untuk makluman Tuan/Puan, kos anggaran pembinaan pasaraya ini bakal menelan belanja, hampir RM12 Juta.


Tujuan utama pembinaan pasaraya ini adalah untuk menaiktaraf ekonomi umat Islam sejagat khususnya manfaat kepada ummah dan parti. Bukan itu sahaja, seusai pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah ini siap sepenuhnya, ianya bakal memberikan keuntungan anggaran pendapatan bulanan melebihi RM60,000 yang bakal digunakan untuk menambah baik atau membina aset yang baru seperti membina kedai-kedai, markaz, hospital, klinik dan surau.


Setelah Pasaraya Wakaf Ummah ini siap sepenuhnya, ia akan diuruskan bersama dengan SABASUN HYPERMARKET, sebuah gergasi peruncitan di Pantai Timur.


Alhamdulillah, anda antara orang yang terpilih hari ini untuk memberi manfaat kepada LEBIH 100,000 PENDUDUK SEKITAR KAWASAN PASARAYA yang akan menggunakan kemudahan ekonomi tersebut. Insya-Allah, hasil sumbangan yang anda berikan pada hari ini tidak akan disia-siakan sehinggalah penghujungnya.



ALAMAT TAPAK PROJEK:

Lot 3425, Bukit Pa' Sabah/Mukim Kuala Dungun/ Daerah Dungun, 23000, Terengganu, Malaysia





PERKEMBANGAN PEMBINAAN SEPANJANG TAHUN 2020:



DISEMBER 2020  : Pasaraya Wakaf Ummah kini memasuki fasa membina dinding dan tiang tingkat atas untuk menyiapkan keseluruhan struktur bangunan Pasaraya Wakaf.

NOVEMBER 2020 : Pasaraya Wakaf Ummah kini memasuki fasa untuk membina dinding tingkat bawah bangunan.

OKTOBER 2020 : Menyambung kerja-kerja menukar plywood formwork 1st Floor Slab Grid, 8 hingga 11 yang rosak kerana projek terhenti hampir 2 bulan. Kini, sebahagian bangunan Pasaraya 45% siap. Kerja-kerja memasang besi untuk 1st Floor Slab dan Beam Grid 1 hingga Grid 4, diteruskan dengan Ground Floor Slab Grid 5-11 dan seterusnya Roof Structure telah siap dipasang pada bulan September 2020.

SEPT 2020 : Kerja-kerja menyiapkan lantai tingkat bawah berkeluasan hampir 25,149 kaki persegi telah berjaya disiapkan 100%.

JULAI 2020 : Kerja-kerja pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah kini telah memasuki fasa menyiapkan konkrit Ground Floor Slab. Ground Floor Slab ini terpaksa dihentikan pembinaannya untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan yang lebih utama dan penting.


Jun 2020 : Pemasangan Polythene Sheet dan BRC untuk Ground Floor Slab Grid 8 hingga Grid 11 sedang dijalankan. Polythene sheet untuk Grid 4 hingga Grid 11 (100%) telah tiba di tapak pembinaan dan gerak kerja



SASARAN PEMBINAAN TAHUN 2021-2022

Bagi tahun 2021-2022, kami mensasarkan untuk menyiapkan:
1- Pembinaan tingkat atas beserta struktur bumbung dan dinding yang masih belum selesai. Hal ini termasuklah, bahagian saluran paip air hujan dan bahagian wayar bangunan bagi pendawaian elektrik.

2- Memperkemas binaan bangunan termasuklah proses mengecat bangunan dan pembahagian 'compartment'.

3- Pembinaan kawasan parking bagi pengunjung pasaraya.

4- Operasi Pasaraya Wakaf Ummah bermula.





PERKEMBANGAN TERKINI 2021



JANUARI 2021

Pasaraya Wakaf Ummah kini sudah mencapai tahap 50% pembinaan.

Kerja-kerja mengikat batu bata untuk dinding luar dan dalam bangunan telah dimulakan sejak bulan Disember 2020. Kerja-kerja mengikat ini telah dimulakan pada bahagian tepi yang akan menempatkan kiosk atau lot kedai kecil di luar ruang legar utama pasaraya. Kos bagi menyiapkan keseluruhan dinding bangunan adalah sebanyak RM534,929.34 dengan penggunaan batu bata merah.

Pada tempoh ini juga, besi / BRC untuk roof slab telah dihantar ke tapak pembinaan. Kerja-kerja pemasangan formwork untuk 5 unit 1st Floor Column Grid 8 hingga Grid 11 sedang disiapkan, akan dikonkrit bersama Roof Slab.


Gambar di atas merujuk kepada kerja-kerja pemasangan formwork bangunan Pasaraya Wakaf.



FEBRUARI 2021


Gerak kerja mengikat batu bata berjalan seperti biasa. Sebelum ini, kerja-kerja mengikat batu bata terhenti seketika berikutan kekurangan batu bata merah. Untuk makluman, pembelian batu bata ini perlu dibeli secara pukal.

Alhamdulillah, berkat sumbangan orang ramai yang tidak putus, 2 treler batu bata merah telah tiba di tapak pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah. Sebanyak, 48 pallets (satu pallet berjumlah 600 keping) telah di bawa naik ke atas tingkat satu). Seterusnya, kerja-kerja melapik BRC dan besi Roof Slab diteruskan seperti biasa. Terkini, pemasangan besi Roof beam Grid 8 hingga Grid 11 sedang dalam usaha untuk disiapkan.


Gambar di atas merujuk kepada keadaan semasa terkini projek pembangunan Pasaraya Wakaf Ummah.


MAC - APRIL 2021

Perkembangan pembinaan pada awal bulan Mac dilihat perlahan ekoran kekangan dana yang makin berkurangan dan keadaan pandemik yang berlanjutan.

Namun, ianya tidak menggoyahkan sedikit pun usaha murni pihak Lajnah Ekonomi Pas Pusat untuk terus membangunkan bangunan pasaraya ini. Dengan sokongan dan bantuan orang ramai, pada penghujung April, kerja-kerja pembersihan kawasan telah dimulakan bagi memberi laluan kepada pembinaan longkang (U-Drain) di sekitar kawasan bangunan pasaraya ini. Proses mengikat batu bata bagi struktur tingkat 2 bangunan pasaraya diteruskan seperti biasa.

MEI - JUN - JULAI 2021

Kerja-kerja pembinaan longkang U-Drain, pemasangan Formwork dan besi-besi serta kerja kerja mengikat batu bata di bilik generator set, tingkat bawah berjalan seperti biasa.




AWAL OGOS 2021

Pada tarikh 3 Ogos yang lalu, 1 treler yang dipenuhi batu bata merah telah tiba di perkarangan kawasan sekitar tapak projek. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan semasa kini, tetap sahaja pembangunan pasaraya wakaf ini diteruskan seperti yang dirancang.



===========

Setakat ini, pembangunan dan kerja-kerja pemasangan sedang giat dijalankan sedikit demi sedikit walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk mengetahui perkembangan semasa terkini yang selanjutnya, anda boleh menyertai kumpulan Telegram rasmi di https://t.me/pasarayawakafummah atau melayari web rasmi Pasaraya Wakaf Ummah di https://www.wakafummah.com/ 



BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

 

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej yang menarik di bawah. Anda boleh membuat sumbangan mengikut pilihan butiran sumbangan dibawah dan lengkapkan borang maklumat yang disediakan.



Jazakallahhu khairan jaza' diucapkan kepada anda semua di atas kesudian membantu dan menyumbang kepada pembangunan Pasaraya Wakaf Ummah ini sekaligus merancakkan lagi ekonomi umat Islam di sekitar kawasan Dungun ini. Insya-Allah, dengan setiap huluran sumbangan yang diberikan akan dibalas dengan ganjaran dan nikmat Allah SWT yang tidak berbelah bahagi.


Allah SWT telah berfirman,

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik” [Surah Saba’ ayat 39]



MAKLUMAT TAMBAHAN: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billplz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BILLPLZ SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1.50 caj payment gateway Billplz.

3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk Kos Pengurusan dan Operasi.
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : +6011 20507700 (Ustaz Amin, Wakil SUK Lajnah Ekonomi Pas Pusat) atau +6011 10594813 (Wakil Pengurusan Pasaraya Wakaf Official).