Akaun wakafummah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Sumbangan Pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah Untuk Kemajuan Ekonomi Dan Kebajikan Umat Islam

Sumbangan Pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah Untuk Kemajuan Ekonomi Dan Kebajikan Umat Islam

Pasaraya Wakaf Ummah adalah projek wakaf komersial yang diuruskan oleh Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat. Ianya merupakan sebuah projek pembinaan sebuah pasaraya setinggi 1 1/2 tingkat yang terletak di bandar Dungun, Terengganu.


Alamat Tapak Projek:

Lot 3425, Bukit Pa' Sabah/ Mukim Kuala Dungun/ Daerah Dungun, 23000, Terengganu, Malaysia



Projek pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah ini sudah pun dimulakan pada awal tahun 2018 dan dijangka siap dibina pada September 2020.


Projek ini juga telah mendapat Kelulusan Kebenaran Merancang, Kelulusan Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membuka sebuah pasaraya di premis tersebut.


Kelebihan Wakaf Komersial:

  • Menjana pendapatan kepada pihak yang diwakafkan

  • Membeli unit wakaf baru menggunakan pendapatan yang dihasilkan

  • Dapat dimanfaatkan oleh ramai orang dan sentiasa berkembang

  • Pahala yang berterusan kepada pewakaf 


Tujuan pembinaan pasaraya ini adalah untuk menaiktaraf ekonomi umat Islam setempat. Pasaraya Wakaf Ummah bakal mendatangkan pendapatan bulanan melebihi RM60k. 


Pendapatan bulanan ini akan menjana keuntungan yang seterusnya akan dikembangkan dengan menambah atau membina aset yang baru seperti membina kedai-kedai, markaz, hospital, klinik dan surau.


Dengan adanya kemudahan seperti ini, PAS pusat akan dapat meneruskan kerja-kerja Dakwah, Tarbiah, Politik dan Kebajikan.



Untuk pengetahuan pihak tuan-tuan dan puan-puan, pembinaan Pasaraya Wakaf Pas menelan belanja sebanyak RM12 juta. Sehingga kini, wang yang terkumpul masih belum mencukupi untuk meneruskan pembinaan bangunan pasaraya tersebut. 


Kos pembinaan pasaraya = RM12, 000 000

Jumlah kutipan setakat  11 Februari 2020 = RM 1,557,858.65


Sumbangan anda amat diperlukan untuk meneruskan projek pembinaan ini. Melalui bantuan anda, pembinaan kemudahan Pasaraya Wakaf Ummah akan dapat diteruskan dan disiapkan pada waktu yang telah dijadualkan. Sekaligus menyediakan pelbagai manfaat kepada umat Islam di sekitarnya.


Manfaat Pembangunan Pasaraya Wakaf Ummah Kepada Masyarakat Setempat:

  • 100 usahawan Muslim akan mendapat manfaat perniagaan

  • 500 peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan

  • RM60 000 pulangan ekonomi dapat dijana dalam sebulan

  • 100 000 penduduk sekitar bakal mendapat kemudahan ekonomi


Kerja-kerja pemasangan besi untuk 1st Floor Slab dan Beam sedang dilaksanakan.


Update Progress Pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah:

Berikut adalah update ringkas bagi pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah untuk rujukan pihak tuan-tuan dan puan-puan. 

  • Februari 2020

    • Kerja-kerja memasang besi untuk 1st Floor Slab dan Beam Grid 1 hingga Grid 4 sedang giat dilaksanakan. 

  • Oktober 2019 

    • Kerja-kerja pemasangan Formwork untuk 1st Floor Beam Grid 1 hingga Grid 4 selesai.

  • September 2019

    • Kerja-kerja hardcore Ground Floor Slab selesai.

  • Ogos 2019

    • Kerja pemasangan formwork dan besi untuk Roof Beam dan Roof Slab untuk Ruang Pasaraya serta Unit Kiosk selesai.

  • Julai 2019

    • Kerja-kerja memadatkan tanah untuk Ground floor slab selesai.

  • Jun 2019

    • Kerja-kerja konkrit Footing dan Stump selesai.

  • April 2019

    • Kerja-kerja memasang formwork untuk Ground Beam selesai.

  • Mac 2019

    • Pemasangan formwork’ dan besi untuk 21 buah ‘pad footing’ selesai.

  • Ogos 2018

    • Memeterai Perjanjian Sewaan Bangunan Pasaraya Wakaf PAS Pusat dengan Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd.

    • Majlis Pecah Tanah disempurnakan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.


Masih banyak bantuan kewangan yang diperlukan bagi membiayai pembinaan pasaraya ini. Jadi, kami amat mengharapkan sumbangan dari pihak anda supaya pasaraya ini boleh disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.



Hulurkan bantuan anda. Infaqkan harta anda. InsyaAllah, Allah akan membuka pintu rezeki yang lebih luas kepada anda.


وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik” [Surah Saba’ ayat 39]


Untuk menyumbang, anda boleh pilih butiran sumbangan di bawah serta lengkapkan borang yang telah tersedia. Anda boleh berwakaf serendah RM30 untuk 1 lot atau sebanyak mana yang anda hajatkan.


Semoga Allah akan melipat gandakan ganjaran pahala dan rezeki anda sekalian kerana bersedekah. 


Infaq Kerana Allah, Manfaat Kepada Ummah

Wakaf Ummah